Thursday, March 5, 2009

BOLA OH BOLA

SEJAK seminggu yang lepas, peminat bola sepak tanah air dapat mendengar sendiri bagaimana kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus-menerus dipersoalkan.

Baru tiga bulan saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) berlangsung, pelbagai isu panas telah timbul yang dilihat boleh mencalar imej FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Bermula dengan kemenangan percuma KL Plus ke atas Kelantan awal Januari lalu, isu jadual Liga M yang padat serta kualiti pengadilan sehinggalah yang terbaru tuduhan bahawa FAM cepat melatah dan enggan menerima kritikan, semuanya seolah-olah menjerumuskan bahawa FAM kini seperti berdepan satu pergolakan dalaman yang baru.

Malah, kenyataan tegas Timbalan Presidennya, Khairy Jamaluddin yang menegur orang bawahannya sendiri supaya jangan terlalu sensitif dan keras kepala apabila menerima kritikan, menambahkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa FAM mungkin akan berdepan reformasi baru.

Kenyataan Khairy dalam sebuah laman blog pada 27 Februari lalu bahawa bola sepak negara kini kekurangan penajaan serta semua peruntukan yang diperoleh dibazirkan dalam penganjuran Liga M dan juga skuad bola sepak negara, menjadikan ia satu tamparan yang hebat buat ahli-ahli tertinggi FAM sendiri.

No comments:

Post a Comment