Monday, March 30, 2009

mee udang sedap kee ?????

hari ahad lepas aku pi la kat bukit gantang..ontheway tu nak pi la makan mee udang yang masuk majalah 3 tu.....cari punya cari jumpa la kedainya....orang ramai tak payah cakap la....aku tunggu order dekat 1 jam baru sampai.....emmmm bila makan rasanya....tawar laaa.....udang memang banyak tapi mee dia out teruss...aku rasa mungkin masuk tv kot jadi top....kalau kawan-kawan nak pi makan mee ketam kat Juru lagi best ataupun kat teluk air tawar Butterworh baru la rasa mee udang..harga mahal sedap takpa.....1 bintang je aku bagi

Thursday, March 26, 2009

cerita aku

emm...hari aku deman selsema terukk...pagi tadi gi klinik orang ramai lak...so tengoklah petang lepas solat jumaat la pula...emmm camna deman pilihanraya 2 bukit 1 batang...

canteek

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

renungkanlah

ADAB MENDENGAR AZAN

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhb

Sunday, March 15, 2009

: Kisah Evo7.5, Celica Dan Viva Silver TypeR

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah viva silver tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada perempuan tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik viva silver tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta celica berhenti di sebelah viva tadi.

"Ada apa nie makcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap makcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta makcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau makcik rasa awak bawak laju makcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok makcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta viva didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper celicanye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi makcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah evo7.5 datang dari belakang dan press minyak kat mamat celica. apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar evo7.5 nie...lupa la pulak dia dengan viva makcik yg diikat kat belakang kereta dia.

Makcik tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat celica tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah evo7.5, sebuah celica dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah viva silver tengah cucuk angin celica tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

cerita cikgu

Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing...

Guru A:Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Guru B: Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Guru A: Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

sepandai helang terbang......

nasib engkaulah.....

Friday, March 13, 2009

emmmm...no komen

6 didakwa hina Sultan, seorang mengaku bersalah
Mar 13, 09 1:04pm
Seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah melalui Internet dan didenda RM10,000.

Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.

Di mahkamah yang sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan yang sama. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.

Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang.

Di Sabah, seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau dibenarkan ikatjamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 bersama dua penjamin. Kes itu akan dibicarakan pada 25 dan 26 Mei depan.

Manakala di Petaling Jaya pula, seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Menurut Utusan Online, Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini.

Thursday, March 12, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Sekadar renungan

Pasukan bolasepak yang gemilang di era 70an adalah benchmark kepada simbol perpaduan. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Arumugam sama2 berganding bahu mengangkat nama Malaysia yang tercinta. Kalau wujud istilah "orang asing" maka hampir separuh ahli pasukan akan hilang. Nicol David bukankah mewakili Malaysia?

80an sebenarnya lebih terbuka perpaduan dan muhibbah itu dalam industri muzik tanahair apabila Alleycats, Ben Nathan, Moses dan Chris Vadham, Roy dan Francisca, Kenny Remy dan Martin diangkat oleh orang Melayu sebagai artis kesayangan mereka sebagaimana DJ Dave menempa nama pada 70an.

macam kenaiiii....

roti canai adalah makanan kegemaran ku...

Tuesday, March 10, 2009

emmm..mat rempit terakhir


jangan tiru aksini yee.....

cerita kawan kita

Saya cuba mengenang kembali hari pertama saya bertugas di Kedah, iaitu di SMK Hosba, Jitra. Saya mula melapor diri pada hari Ahad, minggu kedua persekolahan, dalam bulan Disember 1995.

Kedatangan saya dialu-alukan Pengetua dalam perhimpunan pagi. Dua tiga kali nama saya disebut dalam perhimpunan itu. Selain diperkenalkan kepada pelajar, beliau juga membacakan biodata saya. Saya masih ingat lagi ayat beliau, "Cikgu Amin anak Perak pertama yang bertugas di sini. Jadi loghat Peraknya masih pekat."

Selepas perhimpunan saya dibawa ke bilik guru. Di bilik guru saya berbual dengan beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di situ, antaranya Cikgu Mat Isa Ariffin, Cikgu Saidi Salim, Ustaz Man Kain, Ustaz Salam dan Cikgu Ismail.

Dalam bilik guru itu, saya menerima kuliah tentang penggunaan dialek Kedah. Cikgu Mat Isa memberitahu dialek Kedah cukup mudah dipelajari.

"Senang saja, Min, kalau hujung perkataan tu huruf 'r', hang tukaq jadi 'q'. "

Disampuk pula oleh Cikgu Ismail, "Alor Setar jadi Aloq Setaq, tukar jadi tukaq, air jadi ayaq, pagar jadi pagaq."

Setelah lama berbual, kamipun menuju ke kantin. Kami mempunyai banyak masa untuk berbual kerana pagi itu ada taklimat kokurikulum yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum dalam dewan sekolah.

Sampai di kantin, kami terus mengambil makanan dan membuat bayaran. Sambil menikmati makanan kami terus berbual tentang kebolehan dan kemampuan pelajar Hosba menghadapi peperiksaan.

Mendapati kuah dalam acar timun telah kering, saya memanggil pengusaha kantin lalu berkata, "Kak, tolong tambah ayaq acaq."

Serentak itu berderai guru-guru yang ada di kantin ketawa sehingga ada yang tersembur makanan dalam mulut. Cikgu Mat Isa ketawa berdekah-dekah sampai menekan-nekan perut.

Setelah keadaan reda Cikgu Ismail mencelah, "Hang nak tambah ayaq acaq, Min. Hang ambik sendiri kat belakang tu, ayaq kumbahan."

Barulah saya sedar, rupanya ada kekecualian dalam dialek Kedah untuk perkataan acar. Acar disebut acad, bukannya acaq.

Monday, March 9, 2009

BAHASA MELAMGBANGKAN BANGSA


PPSMI DAN CARA MENTERI ITU BERFIKIR

Nampaknya beberapa isu pokok yang dibawa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sedang diterbalikkan. Tidak keterlaluan juga untuk berkata bahawa isu sebenar PPSMI sedang dipolitikkan. Orang kerajaan sendiri iaitu Menteri Itu sendiri sedang mempolitikkan isu PPSMI.

Memang GMP bukanlah apa-apa dan bukanlah siapa-siapa walaupun diterajui oleh tokoh bahasa, tokoh budaya dan tokoh sastera sahaja. Gerakan, pertubuhan atau persatuan yang tidak disertai oleh “orang-orang politik” seringkali dianggap tidak apa-apa dan tidak kuat. Suara gerakan dan persatuan tanpa orang politik ini sama seperti suara rakyat bawahan: tidak kuat dan tidak membawa ancaman. Sebab itulah dengan mudah dan lancang sahaja Menteri Itu menuduh GMP didalangi “pihak tertentu”.

Saya berasa lega kerana Datuk Dr. Hassan Ahmad hari ini muncul dengan garang untuk menegaskan bahawa GMP tidak didalangi sesiapa. Kenyataan keras, “saya ada otak, saya boleh fikir, saya bukan beruk, saya bukan monyet” yang keluar dari mulut tokoh bahasa itu saya fikir Menteri Itu faham. Benar, ada beberapa pemimpin dan orang politik dari parti pembangkang yang menyertai GMP dan memberi sokongan membantah PPSMI.

Saya fikir itu hak mereka juga sebagai rakyat Malaysia. Malah, kalau pemimpin dan orang politik dari kalangan UMNO pun mahu menyertai GMP dan menyertai perhimpunan itu, saya fikir tidak ada masalah. GMP bukan parti politik atau berasaskan politik. Soal pemimpin dan orang politik dari mana-mana parti mengeksploitasi isu PPSMI ini demi kepentingan dan survival politik mereka, itu soal kedua dan bukanlah dalam kawalan GMP lagi.

Pada petang 7 Mac 2009 (Sabtu), semua yang menyertai perhimpunan membantah PPSMI dan mungkin ribuan lagi yang bersimpati dengan GMP tetapi tidak turut serta dalam perhimpunan itu jelas pendirian dan matlamat mereka iaitu membantah PPSMI. Tidak timbul soal menyokong pembangkang atau menjadi dalang kepada pembangkang atau untuk menumbangkan Menteri Itu.

Menteri Itu memang nampaknya takut dengan bayang-bayang sendiri. Menteri Itu akan merebut antara jawatan penting dalam parti. Sedikit banyak, isu PPSMI ini mungkin menggugat kredibilitinya sama ada “berpatah balik” atau “meneruskan saja PPSMI”. Beliau diibaratkan seperti “luah mati emak, ditelan mati bapa”. Disebabkan dilema itulah maka ketua Menteri Itu terpaksa menggesa supaya Menteri Itu membuat keputusan segera berhubung isu PPSMI. Saya tidak fikir Menteri Itu perlu digesa sehingga sebegitu melainkan kerana ada sebab-sebab yang hanya dia sendiri sahaja yang tahu.

Namun, dilemanya itu hanya untuk dirinya saja; untuk kepentingan dan survival politiknya saja. Kita berharap Menteri Itu berfikir seperti apa yang dikatakannya kerana “anak-anak bangsanya”. Kita ingin melihat itu….

jangan jadi lembu

hidup janganlah jadi lembu........

Thursday, March 5, 2009

kalau raja dok tidoq lagi

10-20 tahun lagi benda lagu ni tak mustahil akan berlaku kalau raja-raja tak buka mata lagiii

BOLA OH BOLA

SEJAK seminggu yang lepas, peminat bola sepak tanah air dapat mendengar sendiri bagaimana kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus-menerus dipersoalkan.

Baru tiga bulan saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) berlangsung, pelbagai isu panas telah timbul yang dilihat boleh mencalar imej FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Bermula dengan kemenangan percuma KL Plus ke atas Kelantan awal Januari lalu, isu jadual Liga M yang padat serta kualiti pengadilan sehinggalah yang terbaru tuduhan bahawa FAM cepat melatah dan enggan menerima kritikan, semuanya seolah-olah menjerumuskan bahawa FAM kini seperti berdepan satu pergolakan dalaman yang baru.

Malah, kenyataan tegas Timbalan Presidennya, Khairy Jamaluddin yang menegur orang bawahannya sendiri supaya jangan terlalu sensitif dan keras kepala apabila menerima kritikan, menambahkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa FAM mungkin akan berdepan reformasi baru.

Kenyataan Khairy dalam sebuah laman blog pada 27 Februari lalu bahawa bola sepak negara kini kekurangan penajaan serta semua peruntukan yang diperoleh dibazirkan dalam penganjuran Liga M dan juga skuad bola sepak negara, menjadikan ia satu tamparan yang hebat buat ahli-ahli tertinggi FAM sendiri.

Wednesday, March 4, 2009

politik malaysia tahap gaban

setiap hari aku dok pening tengok politik malaysia harini......yang benar belum tentu menang...yang slah belum tentu kalah.....yang salah tetap salah

hidup umpama roda


hidup kita kadang dibawah kadang diatass....